Friday, December 23, 2005

komentar salon

di mana harus saye mulekan; saye menantikan agak lame utk berkesempatan menonton filem karya woo ming jin (salah seorg pensyarah di universiti yg sedang saye belajar). promosi serta gazet filem ini begitu mengkhayalkan dan asyik namun setelah menonton salon, kelihatan ade beberape kecanggungan dalm filem ini.
jalan cerita Salon jelas dan dekat dengan masyarakat tetapi cara penyampaian dan juga adaptasi idea pada jalan cerita tersebut agak menyenget dan menjengkelkan. saya mula tertanya2 dan juga mencari2 kaedah cinematografi yg dikatekan menarik dan merupakan gelombang baru dalam dunia perfileman abad ini. penggunaan kamera HD selayaknya dapat memanipulasikan warna Salon tetapi ia pula yg mencacatkan dan menyurami warna2 salon yg cuba ditonjolkan. Sepanjang menonton filem ini(hingga akhir), saye berdebar2 menanti plot2 yg menarik dari woo ming jin dan hingga ke akhir filem salon, hanya kekecewaan sahaja yg dapat digambarkan.
dibandingkan dengan gol dan gincu, saye tidak berape mengharap pade filem tersebut kerna telah terlihat kecanggungan sejak awal, namun pada salon saye benar2 kecewa dan perasaan tersebut masih terlekat hingge ke hari ini.
penghayatan watak atau adaptasi watak dlm diri penonton pade saye terutamanya pada raja farah begitu membingongkan. terlalu banyak lontaran skrip dari mulutnya bukan terbit dari hati dan juga kurang terkesan (dan tidak terlampau dikatakan agak kaku). pierre andre kembali menenangkan hati saya walaupun ader beberapa ketika lakonannya bagai terlalu diawasi oleh mata woo ming jin. manakala karakter2 yg lain bagaikan ada yg tak kena.
hanya satu yg salon sentiase membuat saya tersenyum adelah pada lagunya. mungkin itu dapt mengimbangkan perasaan dan juga emosi saye.
saye tak penah buat filem tapi penah dan masih terlibat dgn industri ini, saye bukan sesape tapi sekiranya mahu menjadikan SEPET sebagai semangat utk berkarya berlandaskan indie, bukan salon hasilnya (mahupun gol dan gincu)

Sunday, December 11, 2005

komentar qaisy dan laila

sayang seribu kali sayang, andainya filem ini digahkan lagi kerja publisitinya; justeru terkesanlah filem ini di ingatan sang penonton. dan ramai jugalah yg membarisi tempat tempat duduk pawagam.
berkomentar ttg karya habsah hassan dan juga raja ahmad ini, mengimbau kembali satu filem pada ketika itu yg bertajuk 'Selubung'. cuma kali ini Qaisy dan Laila memberi ruang dan fokus kepada usaha menyelamatkan mangsa perang di Afghanistan. lakonan fazura dalam cerita ini memperlihatkan kemampuannya dalam mendominasikan watak laila berbanding jehan miskin yg memegang watak qaisy. jalan cerita qaisy dan laila amat menyentuh perasaan terutama ketika memperlihatkan keadaan dhaif warga tua, wanita dan terutama sekali kanak kanak di afghanistan. keinsafan datang bagaikan lagu yg merintih dan terus diperdendangkan tatkala melihatkan kesengsaraan kanak kanak afghanistan.
keadpatan juga kecanggungan dalam filem ini. antaranya ketika plot laila memadam ego qaisy dan rakannya ketika van yg dinaiki mengalami kerosakan. canggung bukan kerna insiden tersebut tetapi relevannya dlm plot filem ini.
memperlihatkan karya habsah hassan ini menyebabkan saya menunggu karya darinya untuk projek2 filemnya yg seterusnya...

Wednesday, November 16, 2005

bahasa mudah

andai kate ramai yg termanggu2 membace arkib komentar ini kerna bahase yg digunakan agak terlalu lama, maka justeru itu masalah sedemikian telah selesai...
dengan memperbaiki corak penulisan komentar ini maka mudahlah kiranya kita semua dapat berkongsi pengalaman dan juga sekalung pendapatan...
sekali lagi terima kaseh semua sahabat.

Thursday, October 27, 2005

akan datang

qaisy dan laila : selepas raye

Wednesday, September 21, 2005

komentar gol dan gincu

gol dan gincu antara filem yg meniti dibibir bibir penggemar filem melayu sebagai satu filem yg lain daripada yg lain atau dlm erti kata yg lainnya unik. namun setelah menonton filem ini, saya tertanya tanya di mana letak nya 'keunikan' filem ini?! pada gadisnya kah? pada plotnya kah? atau pada cinematografinya?! seharusnya filem ini menggunakan peluang dan kesempatan (jika dilihat pada para penajanya yg rata rata merupakan nama nama yg gah) yg diperolehi dgn lebeh berkesan dan relevan. plot cerita gol dan gincu ini canggung dan menjelekkan. diksi diksi yg digunakan dlm filem ini adakalanya menghairankan. malahan kehidupan yg digarap juga terlalu imaginatif dan juga bersifat fantasi. ya memang benar jalan kehidupan sedemikian wujud di bumi malaysia ini namun demikian tidaklah terlalu bersifat janggal. perlu diingati bahawasanya rata rata yg menonton filem melayu ini terdiri daripada golongan pertengahan kerna golongan golongan yg digambarkan dlm gol dan gincu ini kurang menonton filem melayu. satu yg mengejutkan apabila kedapatan satu babak yg 'hampir hampir' memplagiat babak dalam satu filem dari seberang! cinematografi dalam filem ini juga kurang berhati hati. gol dan gincu mengangkat permasalahan remaja dgn jelas dan terang namun diolah secara konservatif. untuk mengangkat permasalahan remaja dan juga moral kaum hawa haruslah jauh pandangannya dan dekat dgn dirinya. para pelakon dlm gol dan gincu adakalanya tidak bersifat natural namun harus juga diberi peluang dan harapan kerna kesulungan mereka. tema sulit gol dan gincu yakni ' perempuan itu cekal' terlalu jauh dgn penonton dan tidak terkesan. wanita itu agung, kesah dan perjuangannya bukan sekadar omongan. duduk diam filem ini menyebabkan pulangnya penonton dari panggung dgn berbekalkan imiginasi dan bukan pemikiran.
"tidakkan hilang kelembutan si gadis walau bertanjak, bersisip keris"

Thursday, June 09, 2005

apa lagi yang ingin ditontoni?

senyap bagaikan srengenge yang tinggal untuk menyahut malam, begitu jugalah senyapnya karya karya yang ingin diperdendangkan lalu diperhatikan oleh teman teman yang ingin didodoikan. mungkin sahaja komentar ini menjadi senyap sesenyap angin menemani malam.
bukan niat untuk membuatkan hati hati yang indah itu menunggu nunggu tetapi terlampau banyak kesulitan yang membarisi jalan yang ingin dilalui.
kepada teman teman yang setia menunggu dengan penoh santai, didahulukan dengan ampun dan maaf. diharap akan terus setia menyinggah sebentar untuk menjadikan hidup ini secantik hamparan sawah di senjakala...
kapan lagi mahu dikemaskini seiring kondisi terkini?!... hanya dengan izin Ilahi sekiranya kedapatan karya karya filem yang ingin didiskusi maka akan terbitlah komentar yang ingin didengari...

Monday, March 07, 2005

komentar sepet

setelah sekian lamenye berusehe, akhirnye tuhan menemukan ape yg diusehekan. sepet akhirnye dapat ditonton setelah menunggu sejak tahun sudah. sepet merupakan kesinambungan daripada rabun yang pernah ditayang di tv pada suatu ketika dahulu. plot rabun menceritakan ttg kesah sepasang suami isteri yg maseh mempraktikkan kemesraan antara mereka walau menjangkaui lewat pemikiran masyarakat melayu(khususnya) dan malaysia(amnya). yasmin ahmad suatu nama yg tidak asing dlm kancah komersial di mana kita dapat melihat hasil karya beliau melalui iklan2 petronas.
berkomentar ttg sepet; saya kagum dgn yasmin ahmad kerana berjaya membawa penonton bukan melayu menonton hasil karyanya tanpa melibatkan publisiti yg gah. sepet secara asasnya menceritakan ttg hubungan antara gadis melayu bernama orched dan juga jejaka cina bernama jason yg rata2 menerima jalan cerita sedemikian secara tenang dan santai. istimewanya sepet di mata saya ialah mesej yg cuba diluahkan yasmin sangat2 halus dan kedapatan begitu sopan. sepet hakikatnya lebeh dari sekadar kesah cinta orched dan jason. sepet merungkaikan satu konflik dan juga pandangan stereotype antara dua bangsa: melayu dan cina. pandangan2 tipikal bangsa melayu terhadap bangsa cina dan juga bangsa cina terhadap bangsa melayu. yasmin menyusun sejak dari awal hingga akhirnya sepet adalah tentang bangsa. cinta antara orched dan juga jason merupakan satu landasan medium yang tepat untuk menyampaikan mesej. awalnya sepet diplotkan ttg hasil karya bangsa asing, disusuli dgn komentar penulisan bangsa yg dijajah yg membenci bangsa yg menjajah yg akhirnya mengahwini bangsa yg menjajah(faham?). kemudian konflik bangsa ini diteruskan dgn mengangkat konflik idola. bangsa apa yg harus diidolakan oleh bangsa apa dipersoalkan. yasmin menyampaikan bahawasanya bukan atas nama bangsa yg harus disempitkan tetapi pengertian yg menjangkaui batas budaya dan bangsa. konflik pandangan bangsa cina terhadap melayu dan sebaliknya diungkai dgn cermat. sepet membawa apa yg kedapatan dalam pemikiran bangsa2 ini terhadap satu sama lain ke layar perak yg rata2 menjadi isu sensitif utk dibincangkan jika dihimpunkan antara dua bangsa tersebut. justeru signifikan sepet terhadap isu ini adalah kita membezakan perilaku dan duduk diam bangsa walhal bukan bangsa yg menjadi batasan tetapi ruang lingkup pendirian dan kefahaman yg mengisi sesuatu bangsa tersebut.
sepet membawa kehidupan bangsa cina dan juga bangsa melayu secara biasa agar kedua2 bangsa tersebut mendapat gambaran antara satu sama lain. kesah cinta orched dan jason tidak diakhiri dgn stereotype(bahagia selamanye) tetapi ditamatkan dgn tragis dan istimewanya di akhir plot adalah ketika orched mendengar suara jason di telefon walhal ketika itu jason tidak sedarkan diri akibat kemalangan.
cuma kurangnya sepet pada pandangan akal saya adalah yasmin kurang melibatkan cinematografi yang beliau gunakan ketika dalam 'rabun'. saya begitu teruja kiranya dapat melihat cinematografi tersebut diperluaskan dalam sepet. namun yg demikian, sepet begitu dekat dgn masyarakat malaysia. tahniah yasmin ahmad walaupun kedapatan lapan babak yg ditapis. menunggu pula 'gubra', projek yasmin ahmad selepas sepet(kredit utk nasri nadzim dan fiza mior yg menjadikan tontonan saya pada malam tersebut begitu damai)

Wednesday, March 02, 2005

kata camar pujangga pegangan

terbang unggas bersahut sahutan
kata pipit unggas berkawan
kata camar pujangga pegangan
asam didarat jua ditemukan

hilang kawan hilang gurauan
hilang teman tiada haluan
signifikan
kata camar pujangga pegangan

melayang layang dedaunan
bukan tujuan bukan ikutan
bukan kasih tak kesampaian
kata camar pujangga pegangan

tak serumpun segenggam ikatan
dek serumpun seraut rotan
kata camar pujangga pegangan
lemak manis jangan ditelan
pahit jangan dimuntahkan

kata camar pujangga pegangan
hidop itu rujukan
mati bukan alasan
biar unggas terbang berkawan
biar pipit terbang berteman
asal hidup biar bertuhan
denai nanti pasti sehaluan

Monday, February 14, 2005

seDarLah ! !

saya suka tengok jari awek saya...

cantik betul ni sungguh

sampai takut nak pegang...

bukan takut patah...

takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari kekal depan yang Maha Esa

saya suka tengok rambut awek saya...

cantik betol ni sungguh sebab tu saya belikan tudung...

bukan sebab jeles orang lain tgk jugak....

tapi sebab saya nak tgk rambut iklan pantene diasampai bila2...

bukan yang terbakar dek api neraka di suatu hari kekal saya suka tgk body awek saya...

cantik betol ni sungguh sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase dating dengan kekasih die yang utama

dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya saya pun tumpang dapat pahala pheh....

syok nye

saya sedih tengok awek sayatak tido tak makan rindu kat saya

saya pun macam tu juga ada problem yang sama

die tanya apa ubatnya?

saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa

semoga lebih cintakanNya dari saya

saya sedih tengok awek saya

selalu pesan macam2 kat sayamakan, minum, drive elok2

tapi bila tengok movie sama2

burn asar maghrib gitu aje

die tak kata aper

berdosanya saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia

nak jumper die selamenye

kekal..forever

di dunia dan akhirat terutamanya

janji nak share heaven sama2

semoga kami saling mengingati

dosa sendiri pun infiniti...

nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...

semoga kami menginsafi diri

Ya Allah ampunkanlah kami....

Saturday, February 12, 2005

komentar 7 perhentian

tujuh perhentian (dan filem prof razak yg lain) sekali lagi dari pandangan akal saye yg kirenye maseh lagi kegapaian, gagal menjelaskan duduk diam taraf keilmuan prof razak. beliau seharusnya menghasilkan karya2 yg berparaskan kebijaksanaan dan juga satu anjakan demi mewujudkan kesan seperti mana karya2 hishamuddin rais, u wei shaari mahupun yasmin ahmad. skrip tujuh perhentian terutama utk pelakon tambahan amat mengecewekan. gaya lakonan pelakon tambahan yg agak kaku kirenye dapat dimaafkan namun skrip yg mengecewekan meninggalkan satu kesan yg mendebarkan. jalan cerita tujuh perhentian mudah difahami walaupun prof razak cube menimbulkan satu misteri dan tanda tanya, namun idea meletakkan plat kereta 'WHY 777' agak meruntun secara total. agak byk juga tunggang langgang skrip dlm filem ini di antaranya dialog pegawai JAIJ ketika membuat rondaan mencegah maksiat, pegawai tersebut menggunakan dialog pekat negeri sembilan walaupun pada ketika itu berlatar belakangkan suasana di johor. adegan ketika soal siasat anggota polis juga kedapatan canggung sekali kerna si penjenayah sering kali mengulang dialog nya sebyk 3 kali yg secara emosinya agak merimaskan. tambah mengejutkan terlampau byk lakonan pelakon2 pembantu yg kurang penghayatan nya. justeru itu, prof razak seharusnya menghasilkan suatu karya yg benar2 bermutu dan lebeh berhati2 dlm karya2 nya yg akan dtg. kami tidak memerlukan seorang lagi klon datuk yusof haslam... (menanti dgn penoh sabar filem 'SEPET' karya yasmin ahmad ke layar perak)

Saturday, January 15, 2005

sebok

akhir disember 2004 merupakan hari2 yg begitu sebok dgn jadual peperiksaan.
januari 2005 pula sebok dgn asgment yg semakin menggunung bagai everest.
februari 2005 mula meluangkan masa pada blog yg agak lama ditinggal sunyi.
rakan2 yg budiman, harap memahami keadaan tapi kalo ada cd/dvd filem melayu yg ingin dibincangkan... pucuk dicita ulam mendatang