Wednesday, February 07, 2007

komentar syaitan

kali ini menonton syaitan hasil kerja tangan bade hj azmi ada lainnya. justeru kelainan itu adakalanya terimbas pada filem 'trauma' karya aziz m osman. benar pada kali ini bade berkonfrontasi dengan gaya dan olahan yang berbeda, bermitos tentang psikologi ada tarikannya cuma adakah ia adaptasi secara tidak langsung daripada 'the coma' buku karya alex garland?

andai benar adaptasi, tiada yang salah menjadi inovatif. manusia itu sendiri inovatif, hanya tuhan yang maha kreatif.

syaitan andai didalami dan diperhati punya plot yang mengimbas2, kadangkala juga berfantasi; duduk antara realiti juga mimpi. menonton syaitan perlu fokus perhatian yang sejajar atau 'constant'. bade menggunakan warna warna suram bagi memperkuatkan penyampaian filem ini. setiap watak yang dikongsi adalah interpretasi pada jiwa dan emosi manusia itu sendiri. cara permainan kamera juga berbasa basi dengan mitos filem ini dihasilkan. filem ini perlahan, punya struktur yang cuba disampaikan. juga membosankan, bosan pada lakonan rosyam nor dan lisdawati.

rosyam dan lisdawati dipenuhi gaya stereotype mereka. kadang terasa muak dan jemu pada tingkah dan lenggok bahasa. cara lisdawati berdialog secara tersangkut sangkut menimbulkan satu bentuk lisan yang canggung walau jelas terlihat bahawa kehendak bade cube untuk berteka teki. terbayang bayang juga watak watak mereka ini seolah olah dibawa daripada 'KL menjerit', cuma kali ini mereka sudah berumahtangga.

sudah tiba waktu bade perlukan formula baru.

Que Haidar juga Zulhuzaimi adalah penyelamat kepada mitos layar ini. pembawakan watak serta raut wajah pembawakan mereka punya satu kesimpulan mereka adalah generasi peneraju yang berbakat besar.

p/s: masih ramai penonton malaysia yang tidak kenal erti adab ketika di panggung. sadis.