bilut secara motifnya merupakan satu perwakilan bagi masyarakat felda di bumi malaysia ini untuk berkongsi dan berintepretasi dgn masyarakat lainnya bermediumkan layar putih tentang hal yang senantiasa menjadi coretan dalam kepala akal mereka.
sinopsisnya; yazid (protagonis) adalah jiwa bagi masyarakat felda lurah bilut dalam merealisasi manifestasi kerajan pada ketika itu yang ingin membantu golongan orang melayu yang susah dan tidak memiliki tanah untuk keluar dari kelompok kemiskinan dan berjuang serta bergembeling agar tidak hina di bumi sendiri.
pengisian yang tertanam dalam kisah bilut ini punya warna warna yang cantik; menarik. namun warna warna itu tidak cukup keras, tidak cukup pekat untuk disampaikan kepada penonton. adakalanya bagai tidak sempat menikmati, sudah ditukar pula warnanya. tidak puas untuk merasai menginsafi kesengsaraan masyarakat felda.
plot plotnya terlalu kejap. tidak konsisten. walhal pangkal konflik konflik tersebut walau berbeda dan pelbagai; harus diperincikan agar diketahui nanti masyarakat lainnya bahawa masyarakat felda adalah terdiri daripada manusia manusia yang tegar serta merupakan pejuang pejuang yang tinggi.
cinematografi filem ini tidak memuaskan walhal jika diperincikan bukan sahaja akan mampu menyusup masuk malah akan terkesan di sanubari penonton. plot plotnya juga sering terlompat lompat, kadang tidak dapat membedakan antara singkapan silam atau masa kini dek kerana kualiti gambarnya kurang menarik.
bilut perlu digarap semula. harus!
bilut cerita mutlak masyarakat felda.
bilut harus setanding puteri gunung ledang, sepet, pontianak harum sundal malam.
kerajaan harus memandang semula filem ini...
p/s: bilut menang anugerah khas juri FFAP51