Friday, December 22, 2006

komentar red kebaya

menarik. adakala naratifnya perlahan justeru panjang pula fikiran Oliver Knott (pengarah) memujuk penontonnya untuk terus diam dan duduk menikmati olahan dan garapan filem ini dengan personifikasinya membawa kita kepada dua medium yang menjadi satu atau dua zaman yang diijabkan. Ramli Hassan punya justifikasi tunggal untuk membawa kisah Latiff (protagonis), seorang jurugambar sebagai medium perantara dalam menyampaikan bahawasanya walau kontemporari mana pon sesebuah zaman dan bangsa itu, tidak dapat tidak ia akan senantiasa sahaja mendampingi kisah klasiknya.

sebagai contoh; Latiff telah hilang ke suatu medium zaman yang di luar kawalan dan keupayaannya justeru merentasi ke zaman kolonial 50 tahun dahulu dalam tempoh waktu yang rapat walhal pada realitinya hampir dua hari dia menghilangkan diri dan langsung mencetus kebimbangan kepada majikannya.

kita melihat di sini bahawa Oliver mahupun Ramli Hassan cuba membawa pengalaman dan interpretasi masyarakat tentang kepercayaan alam ghaib dalam bentuk yang lebih moden dan halus. justeru itu, masyarakat kini yang kurang malah berasa canggung dalam membicarakan tentang kehidupan alam ghaib akan menjadi 'hermeneutics' kerna Ramli Hassan, Andre Berly juga Oliver telah menyuntik fenomena ini ke dalam filem mereka.

Bob Mercer mengagumkan. gerak mata dan juga lenggok badannya memberi maksud seolah olah wataknya itu adalah dirinya, sifatnya juga kelemahannya. pembawakan yang cukup cukup menarik dan mengagumkan. lihat sahaja pada resah dan gelisah wataknya ketika cuba menyampaikan cinta kepada Azizah (Vanida Imran); tertusuk dan terkesan.

Red Kebaya punya satu kisah dan plot plot yang perlahan dan adakalanya masih juga punya tangga tangga emosi agar penonton tidak merasa seperti menonton dokumentari. jangan mengharapkan adegan aksi juga stereotaip dalam filem ini. cuma penyudah cerita ini agak 'anti-climax' namun keseluruhannya Red Kebaya punya satu kategori yang tunggal...