Monday, April 23, 2007

ada apa dengan GEMA 2007 (epilog satu)




tanggal 18 april 2007 itu berlalu dan berlagu dengan penuh signifikasi. ada yang pulang kegembiraan, ada yang keriangan, ketaksuban, kejanggalan, kebingungan malah juga kehampaan. (tidak kurang juga kerinduan)

tanggal 18 itu penoh pertanyaan, berjayakah GEMA kali ini? gagalkah kali ini?

perih jerih menjayakan konsert akhir GEMA 2007 (pertandingan bakat suara) adakalanya memberikan kepuasan malah juga keresahan. puas kerna yang sistem bunyi pada malam itu menyenangkan (terime kaseh mokh - iseekmusic). puas kerna barisan artis pada malam itu tidak banyak karenahnya (cuma canggung bila mana nitrus mennghidangkan satu lagu enggeris pada malam bahasa melayu). butterfinggers maseh elok dan santun (emmet bernostalgia mengenangkan zaman dia menuntut di MMU, maseh sempat berangan berkonvo di dewan baru). 6ixthsense terlampau ligat di pentas hingga lutut kiri vokalisnya terluka waktu menzahirkan keriangan.

puan siti saniah (penasihat PLM) berinterpretasi bahawa GEMA kali ini adalah kejayaan besar persatuan dalam menjayakan konsert yang bingit dan riuh tapi maseh punya susun atur protokol yang dikehendaki malah bersesuaian.

kak yan (ninenetwork) selaku pengurus band pengiring dari MIDA memberi seribu satu pendapat, pengalaman, juga nasehat saat diri mulai bingung dengan karenah dan masalah yang timbul akibat dari beberapa pihak. jasa dan pengorbanan kalian sentiasa dijiwai (dari awal konsert hingga habis tidak pernah merungut menunggu dan menunggu).

encik ajoi, ad samad dan kak opie; terime kaseh kerana sudi melengkapi malam GEMA. apa sangat majlis kami jika dibandingkan dgn konsert konsert dan acara acara yang pernah kalian hadiri. terima kaseh yang terdalam.

kepada ahli majlis tertinggi GEMA dan juga para komiti, silap dan salah adalah milik kita, kekuatan dan keindahan tetap milik tuhan. kita punya kelemahan kite juga ada keistimewaan. yang bertungkus lumus dan berperit jerih, kamu mutiara dalam lautan.

bukan mudah rupanya menjayakan sesebuah konsert atau aktiviti di MMU. penuh ranjau, penuh duri, penuh konspirasi, penuh birokrasi, penuh irihati dan penuh 'yahudi'.

ramai yang menaburi janji tapi kecut lalu pergi dan memungkiri.

ramai juga yang menumpang sekaki tapi dipanggil meghilangkan diri.

ramai juga yang cuba menghulurkan jari tapi hanya tebu ditepi bibir.

ramai juga yang baring sebelom berkerja tapi macam macam yang diminta....

GEMA 2007 pada asas dan matlamatnya berjaya dan pada mata semua kepuasan dan pengalaman yang berbeza. GEMA 2007 benar benar malam kemuncak. kemuncak yang dinanti oleh semua.

jauh disudut hati ini, GEMA 2007 maseh biasa dan maseh gagal. gagal dicapai apa yang diingini.

* sayang kita semua tidak dapat bergambar bersama untuk menjadi kenangan teristimewa

* al fatihah untuk allahyarham mohd amin (semut-o-rama, geri)

Sunday, April 01, 2007

Andai ku...

"Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini"

Sudirman Hj. Arshad - Warisan