Petang yang terik begini, sangat enak jika bertemankan secawan teh tarik yang panas dan berbuih tebal. Sambil memalaskan diri di kerusi dan membaca berita berita di dada dada akhbar yang semakin lama semakin mengejar fiksyen dan bukan fakta, menambahkan lagi rasa cita di petang hari.
Barangkali mungkin teh tarik yang panas berbuih buih ditambah pula yang tukang buatnya Si Awe di Terminal Cyberjaya pasti saja tidak harus dibiarkan lama lama kerana aroma dan warna yang tepat itu harus dinikmati dengan kadar segera.
Menikmati secawan teh tarik bersifat subjektif pada tiap tiap individu. Ada yang gemar menikmati terus. Saat panas panas dan maseh jelas sifat asap asap berliang liuk di bibir cawan menggiurkan penggemar penggemar teh tarik. Hal yang demikian tidak harus dibiarkan lama kerana khuatir akan suam pula.
Dan ada juga yang gemar membiarkan segala acuan menjadi sebati, cantik dan kemudian dinikmati. Membiarkan benar benar susu dan teh menjadi satu dan mesra akan menghasilkan rasa yang tepat dan menyelerakan. Menghirup teh yang suam suam menjadi sebahagian daripada nikmat ketika teh mula membasahi ruang tekak.
Begitu jugalah halnya akan cinta. Cinta itu pelbagai cara menikmatinya. Saat tengah hangat bercinta adalah saat yang paling manis dan paling diingati sifatnya. Tetapi singkat pula pada tafsiran waktunya.
Cinta yang dibiarkan lama rasa dan ragamnya pula membangkitkan sebatian dan pemahaman yang jelas dan terang. Tetapi memakan masa dan kesabaran pula sifatnya...