Monday, March 07, 2005

komentar sepet

setelah sekian lamenye berusehe, akhirnye tuhan menemukan ape yg diusehekan. sepet akhirnye dapat ditonton setelah menunggu sejak tahun sudah. sepet merupakan kesinambungan daripada rabun yang pernah ditayang di tv pada suatu ketika dahulu. plot rabun menceritakan ttg kesah sepasang suami isteri yg maseh mempraktikkan kemesraan antara mereka walau menjangkaui lewat pemikiran masyarakat melayu(khususnya) dan malaysia(amnya). yasmin ahmad suatu nama yg tidak asing dlm kancah komersial di mana kita dapat melihat hasil karya beliau melalui iklan2 petronas.
berkomentar ttg sepet; saya kagum dgn yasmin ahmad kerana berjaya membawa penonton bukan melayu menonton hasil karyanya tanpa melibatkan publisiti yg gah. sepet secara asasnya menceritakan ttg hubungan antara gadis melayu bernama orched dan juga jejaka cina bernama jason yg rata2 menerima jalan cerita sedemikian secara tenang dan santai. istimewanya sepet di mata saya ialah mesej yg cuba diluahkan yasmin sangat2 halus dan kedapatan begitu sopan. sepet hakikatnya lebeh dari sekadar kesah cinta orched dan jason. sepet merungkaikan satu konflik dan juga pandangan stereotype antara dua bangsa: melayu dan cina. pandangan2 tipikal bangsa melayu terhadap bangsa cina dan juga bangsa cina terhadap bangsa melayu. yasmin menyusun sejak dari awal hingga akhirnya sepet adalah tentang bangsa. cinta antara orched dan juga jason merupakan satu landasan medium yang tepat untuk menyampaikan mesej. awalnya sepet diplotkan ttg hasil karya bangsa asing, disusuli dgn komentar penulisan bangsa yg dijajah yg membenci bangsa yg menjajah yg akhirnya mengahwini bangsa yg menjajah(faham?). kemudian konflik bangsa ini diteruskan dgn mengangkat konflik idola. bangsa apa yg harus diidolakan oleh bangsa apa dipersoalkan. yasmin menyampaikan bahawasanya bukan atas nama bangsa yg harus disempitkan tetapi pengertian yg menjangkaui batas budaya dan bangsa. konflik pandangan bangsa cina terhadap melayu dan sebaliknya diungkai dgn cermat. sepet membawa apa yg kedapatan dalam pemikiran bangsa2 ini terhadap satu sama lain ke layar perak yg rata2 menjadi isu sensitif utk dibincangkan jika dihimpunkan antara dua bangsa tersebut. justeru signifikan sepet terhadap isu ini adalah kita membezakan perilaku dan duduk diam bangsa walhal bukan bangsa yg menjadi batasan tetapi ruang lingkup pendirian dan kefahaman yg mengisi sesuatu bangsa tersebut.
sepet membawa kehidupan bangsa cina dan juga bangsa melayu secara biasa agar kedua2 bangsa tersebut mendapat gambaran antara satu sama lain. kesah cinta orched dan jason tidak diakhiri dgn stereotype(bahagia selamanye) tetapi ditamatkan dgn tragis dan istimewanya di akhir plot adalah ketika orched mendengar suara jason di telefon walhal ketika itu jason tidak sedarkan diri akibat kemalangan.
cuma kurangnya sepet pada pandangan akal saya adalah yasmin kurang melibatkan cinematografi yang beliau gunakan ketika dalam 'rabun'. saya begitu teruja kiranya dapat melihat cinematografi tersebut diperluaskan dalam sepet. namun yg demikian, sepet begitu dekat dgn masyarakat malaysia. tahniah yasmin ahmad walaupun kedapatan lapan babak yg ditapis. menunggu pula 'gubra', projek yasmin ahmad selepas sepet(kredit utk nasri nadzim dan fiza mior yg menjadikan tontonan saya pada malam tersebut begitu damai)

6 comments:

efry arwis said...

aha..betol2 ape ko komentar tu..aku pon dah tgk..memang bes citer ni.skrip paling cool dlm filem.haha.hebat2.filem yg begitu msia.

Anonymous said...

citey ni best...da coolest malay movie
yg penah i tengok..i think da best...ending dia very touching..i cried when i watched it...TAHNIAH

servus said...

hmmm memang best cerite nih. lagi² ending deus ex machina nya tuh. haha enjoy!

Anonymous said...

for new era of malaysian film...cheer

piza mior? nasri...aik cam kenal

Anonymous said...

Weh khir aku shah cosmo..member ko ke tuh ---> froztflowa .Aku rasa dulu hari2 aku chat ngan die bdak mmu.kalo btol kim slm jehla kat die....

Anonymous said...

aah la...aku x pernah tengok pung