sayang seribu kali sayang, andainya filem ini digahkan lagi kerja publisitinya; justeru terkesanlah filem ini di ingatan sang penonton. dan ramai jugalah yg membarisi tempat tempat duduk pawagam.
berkomentar ttg karya habsah hassan dan juga raja ahmad ini, mengimbau kembali satu filem pada ketika itu yg bertajuk 'Selubung'. cuma kali ini Qaisy dan Laila memberi ruang dan fokus kepada usaha menyelamatkan mangsa perang di Afghanistan. lakonan fazura dalam cerita ini memperlihatkan kemampuannya dalam mendominasikan watak laila berbanding jehan miskin yg memegang watak qaisy. jalan cerita qaisy dan laila amat menyentuh perasaan terutama ketika memperlihatkan keadaan dhaif warga tua, wanita dan terutama sekali kanak kanak di afghanistan. keinsafan datang bagaikan lagu yg merintih dan terus diperdendangkan tatkala melihatkan kesengsaraan kanak kanak afghanistan.
keadpatan juga kecanggungan dalam filem ini. antaranya ketika plot laila memadam ego qaisy dan rakannya ketika van yg dinaiki mengalami kerosakan. canggung bukan kerna insiden tersebut tetapi relevannya dlm plot filem ini.
memperlihatkan karya habsah hassan ini menyebabkan saya menunggu karya darinya untuk projek2 filemnya yg seterusnya...
1 comment:
tatkala angin mengata-ngata disudut mata yg sengaja membuta hingga meraba-raba
sebuah puisi agung diraja
yg sedang menimba
blogspot yg dijaja
lalu diriba oleh sang photographer hingga terlupa dunia yg dipijaknya
banyak minyak tidak terkira
si dia mula menggila
apakah ini mimpi yg nyata
fotopages mula bermaharajalela
menjadi hamba duit ditepi jendela
ibadah tidak lagi diutamakannya
tatkala muncul tiupan sangkakala
taubat tiada gunanya.....
Post a Comment