di mana harus saye mulekan; saye menantikan agak lame utk berkesempatan menonton filem karya woo ming jin (salah seorg pensyarah di universiti yg sedang saye belajar). promosi serta gazet filem ini begitu mengkhayalkan dan asyik namun setelah menonton salon, kelihatan ade beberape kecanggungan dalm filem ini.
jalan cerita Salon jelas dan dekat dengan masyarakat tetapi cara penyampaian dan juga adaptasi idea pada jalan cerita tersebut agak menyenget dan menjengkelkan. saya mula tertanya2 dan juga mencari2 kaedah cinematografi yg dikatekan menarik dan merupakan gelombang baru dalam dunia perfileman abad ini. penggunaan kamera HD selayaknya dapat memanipulasikan warna Salon tetapi ia pula yg mencacatkan dan menyurami warna2 salon yg cuba ditonjolkan. Sepanjang menonton filem ini(hingga akhir), saye berdebar2 menanti plot2 yg menarik dari woo ming jin dan hingga ke akhir filem salon, hanya kekecewaan sahaja yg dapat digambarkan.
dibandingkan dengan gol dan gincu, saye tidak berape mengharap pade filem tersebut kerna telah terlihat kecanggungan sejak awal, namun pada salon saye benar2 kecewa dan perasaan tersebut masih terlekat hingge ke hari ini.
penghayatan watak atau adaptasi watak dlm diri penonton pade saye terutamanya pada raja farah begitu membingongkan. terlalu banyak lontaran skrip dari mulutnya bukan terbit dari hati dan juga kurang terkesan (dan tidak terlampau dikatakan agak kaku). pierre andre kembali menenangkan hati saya walaupun ader beberapa ketika lakonannya bagai terlalu diawasi oleh mata woo ming jin. manakala karakter2 yg lain bagaikan ada yg tak kena.
hanya satu yg salon sentiase membuat saya tersenyum adelah pada lagunya. mungkin itu dapt mengimbangkan perasaan dan juga emosi saye.
saye tak penah buat filem tapi penah dan masih terlibat dgn industri ini, saye bukan sesape tapi sekiranya mahu menjadikan SEPET sebagai semangat utk berkarya berlandaskan indie, bukan salon hasilnya (mahupun gol dan gincu)
1 comment:
pensyarah kau baca blog ni tak? hahaha!!1!!
rasa hati ini mengatakan kekakuan pelakon seeloknya di letakkan tanggungjawabnya pada pengarah yang menjadi pembentuk hujung hasil sebuah filem. agaknya pengarahnya tidak menolak sebaik mungkin dari pelakon. atau kegagalm pengarah sendiri untuk menyampaikan apa yang diinginkan.
dengan adanya medium video digital seharusnya sesuatu sebwgini tak menjadi hal bukan seperti filem seluloid yang bersifat sekali-pakai. mugkin kamera yang digunakan merupakan kamera hd sony yang munggunakan DVD boleh tulis?
mungkin jua pengarah filem akan mengatakan
yang pelakon yang tidak sensitif dengan kehendak skrip. namun boleh ditangkis bahawa pengarah adalah pemisah hampas dan isi.
dah tengok "Baik Punya Cilok"?
novel aku 50% dalam fasa draf kasar. sampah lagi...
Post a Comment