agak kelewatan menonton filem karya badar ini disebabkan kesebokan dlm keperibadian duniawi tapi setelah menonton dan menilai filem ini, tidak keterlaluan andai dapat dijustifikasikan filem ini antara yang senang ditonton lantaran plot dan jalan ceritanya yang sarat dgn metafora dlm menyampaikan pengertian bersirat. filem berlari ke langit satu kesah yg melankoli dan cinematografinya membangkitkan satu emosi yang merudum. pemilihan fasha sanda sebagai heroin merupakan pilihan yg betul pada wajah tapi kurang tepat pula pada penghayatan. fasha mampu menghidupkan yang lebih baik sekiranya diberi masa dan tunjuk ajar. watak yasmin seharusnya diisi dgn penuh kemas agar kelembutannya lebeh terserlah dan tertanam dlm hati penonton. rosyam maseh lagi dgn karismanya sebagai pelakon yg berkaliber, tapi watak thambi yg didokong oleh saiful apek agak canggung utk ditonton sebagai anak perkahwinan campur. kurang enaknya plot cerita ini apabila watak bukhari sebagai pemuda tabligh yang agak konservatif ditancapkan dlm filem ini. dialog bukhari dan rakan rakan tablighnya agak sinis dan mengundang rasa yang kurang enak ditokok dgn adegan bukhari saling bertelingkah dgn yasmin tentang agama. namun itu hakikat di realiti walaupun agak keberatan. badar berjaya mendamaikan situasi ini ketika plot bukhari dinasihati oleh gurunya yang sedang beriringan berjalan ke masjid. justeru plot ini menyenangkan krisis di awal tadi. adegan iman yg bersekolah di kuala lumpur dan juga ketika dia jatoh dari bangunan tanpa kelihatan darah (kecuali pada hidung) juga agak canggung. walau hal demikian kecil tapi besar kesannya. emosi melankoli dlm filem ini tersusun dgn gelombang yang tenteram dan mendamaikan. (terimbau kenangan silam ketika menonton plot plot di jln raja laut, sultan ismail dan di sekitar bandaraya di mana tempat tempat itu menjadi sebahagian dari kesah hidop utk sekian waktu...)
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali, Buaya Timbul, Disangkalah Mati, Jangan Percaya Mulutlah Lelaki, Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Tuesday, October 26, 2004
Thursday, October 14, 2004
komentar buai laju laju (BLL)
u wei shaari, satu name yg kuat dan langsong teringat pada hishamuddin rais. karya yang signifikan dan penoh emosi. BLL mungkin kurang mendpt sambutan kerna ditutupi dgn promosi gah PGL, namun bukan salah PGL berpromosi sedemikian. agak kaget juga utk memberi komentar karya u wei. BLL didokong emosi yg hampir sama dgn 'isteri, perempuan dan jalang', u wei maseh lagi mempersoalkan dudok diam watak seksualiti dan feminisme dlm masyarakat yg jika dilihat sehingga ke hari ini teros sahaja dibelenggu konflik, etik dan agama. u wei menyampaikan pengaroh seksualiti dlm BLL meski agak canggong menonton adegan sedemikian dlm karya tempatan tapi u wei berjaya menyampaikan apa yg patot disampaikan tanpa melibatkan adegan yg bakal dicantas oleh LPF. kurangnye karya u wei pada kali ini jika dibandingkan dgn jogho dll mungkin terletak pada jln dan temanya. bagai sudah diduga, BLL masih lagi stereotype dgn watak u-wei yg kritis tapi beliau buat apa yg perlu dibuat yakni teros sahaja menyampai ape yg perlu dirasa atau difikir oleh masyarakat. masyarakat rata rata masih belom mampu menerima karya tempatan yg kritikal. kepada u wei, kami maseh dahaga kan karya anda...
Monday, October 11, 2004
komentar puteri gunung ledang (PGL)
tidak perlu melebarkan komen tentang sinopsis PGL yg telah sedia maklom. rata rata org kebanyakan menilai PGL sebagai sebuah titik tolak evolusi filem malaysia, namun org kebayakan juga menilai PGL sebagai karya yg berantakan justeru tindak tanduk pengarahnya (mamat khalid) kurang peka dengan plot demak menyerang majapahit yg secara halusnya mendefinisikan Islam sebagai ekstrimis. Org kebanyakan langsung sahaja membelik belik sejarah untuk menunjangkan perjuangan mereka.
perlu diingat bahawasanya wayang PGL itu sendiri (versi mamatkhalid & sawteonghin) telah merombak mitos puteri itu. puteri yg asalnya menetap di gunung mahligai tidak pernah mencintai tuah. karna tuah pada ketika itu sudah agak tua utk mencintai puteri gunung ledang (ya mmg benar cinta itu tidak membenci usia). tuah melalui ufukan zamannya dari kisah taming sari ke kisah amukan jebat ke kisah tun teja, ke kisah hang li po (tuah juga melayu pertama yg berjaya melihat wajah maharaja cina dgn peristiwa kangkung) hinggalah ke kisah puteri gunung ledang. tuah ketika peristiwa pinangan sultan mahmud dianjak usia dan tidak lah segagah tuah veris mamatkhalid & sawteonghin.
puteri gunung ledang pernah mengahwini Putera Gunung Rundok dan secara tidak sengaja telah membunuh suaminya dalam satu peristiwa yg memilukan dan bersumpah tidak akan mengahwini yg lain.
org kebanyakan dan org filem seharusnya menyemak dan meneliti semula apa yang dirasa dan apa yg diperjuangkan agar nanti tidak keliru memartabatkan ilmu sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)