Monday, October 11, 2004

komentar puteri gunung ledang (PGL)

tidak perlu melebarkan komen tentang sinopsis PGL yg telah sedia maklom. rata rata org kebanyakan menilai PGL sebagai sebuah titik tolak evolusi filem malaysia, namun org kebayakan juga menilai PGL sebagai karya yg berantakan justeru tindak tanduk pengarahnya (mamat khalid) kurang peka dengan plot demak menyerang majapahit yg secara halusnya mendefinisikan Islam sebagai ekstrimis. Org kebanyakan langsung sahaja membelik belik sejarah untuk menunjangkan perjuangan mereka.

perlu diingat bahawasanya wayang PGL itu sendiri (versi mamatkhalid & sawteonghin) telah merombak mitos puteri itu. puteri yg asalnya menetap di gunung mahligai tidak pernah mencintai tuah. karna tuah pada ketika itu sudah agak tua utk mencintai puteri gunung ledang (ya mmg benar cinta itu tidak membenci usia). tuah melalui ufukan zamannya dari kisah taming sari ke kisah amukan jebat ke kisah tun teja, ke kisah hang li po (tuah juga melayu pertama yg berjaya melihat wajah maharaja cina dgn peristiwa kangkung) hinggalah ke kisah puteri gunung ledang. tuah ketika peristiwa pinangan sultan mahmud dianjak usia dan tidak lah segagah tuah veris mamatkhalid & sawteonghin.

puteri gunung ledang pernah mengahwini Putera Gunung Rundok dan secara tidak sengaja telah membunuh suaminya dalam satu peristiwa yg memilukan dan bersumpah tidak akan mengahwini yg lain.

org kebanyakan dan org filem seharusnya menyemak dan meneliti semula apa yang dirasa dan apa yg diperjuangkan agar nanti tidak keliru memartabatkan ilmu sendiri.

7 comments:

servus said...

Haip!, Bila Kau tengok PGL Khir? Atau ini hanya reviu untuk pengajian ko?

Aku baca kau punya komentar ada teringat aku tentang teori Carl Gustav Jung (1875-1961) yang mengaitkan peranan mitos dengan kehidupan kita kini.

OK caio!

efry arwis said...

hehhe..akhirnya dpt gak aku komen...hehe...bagus ko nyer komentar..sungguh2 bagus..hehe..keep it up dude..aku nk blajar dari ko ar...hehe...ko org seni...

Anonymous said...

hurm.. aku setuju la ngan ko khir... cam nak support jer amerika yg dok kate org islam pengganas.... aku pun x sedar mender ni sehingge le aku bace ko punyer review ni.. hurm.. thx a lot dude... eNoL

Anonymous said...

Kita harus ingat bahawa film PGL ini adalah satu rekaan sahaja (fiction) melalui imaginasi dan interpretasi seorang scripwriter. Dia hanya menggunakan legenda PGL dan Hang Tuah (HT) sebagai basis untuk scriptnya. Melalui lagenda tersebut, dia telah mengemukakan sebuah cerita tersendiri dan sambil itu cuba memberi versinya mengenai beberapa peristiwa yang mungkin berlaku (seperti kelesapan HT). Ini pada pendapat saya dia hanya menggunakan "Artistic Licence".

Trend seperti ini bukanlah baru. Beberapa filem barat telah menggunakan formula ini. Sepertinya filem "A League of Extraordinary Gentlemen" (LXG). Walaupun saya tidak menonton filem ini, saya tahu sedikit latarbelakangnya. Ia menceritakan gabungan beberapa character dari buku2 klasik seperti Tom Sawyer, Alan Quartermain, Captain Nemo, The Invisible Man dll untuk melawan kejahatan. Character ini semua rekaan penulis2 yang berlainan dan dalam buku masing2 tidak pernah menemui antara satu sama lain. Tetapi seorang penulis muncul sebuah idea untuk mereka bertemu dan character pilihannya tepat sekali kerana mereka "wujud" dalam masa atau timeframe yang sama (abad 19).

Sebuah filem lagi yang saya ingat adalah "Titanic". Ia berlainan sedikit dari LXG, tapi ia adalah satu cerita rekaan (cinta Jack dan Rose) di sebalik sebuah kisah sejarah yang benar2 berlaku (Titanic). Kita tidak boleh berkata mutu filem ini turun kerana kisah cinta tersebut tidak pernah berlaku. Satu lagi filem (tidak ingat tajuknya) adalah bagaimana Sherlock Holmes - sebuah detektif rekaan - cuba mencari seorang pembunuh serial yang kita dapati di penghujung filem itu adalah Jack the Ripper - seorang pembunuh yang pernah hidup dahulu - di abad 19 di London.

Jadi kita tidak harus menuduh scriptwriter PGL tidak meneliti kerjanya, kemungkinan kerana ketelitiannya dia dapat inspirasi ceritanya. Pada pendapat saya, ia adalah satu pencubaan kreatif yang boleh dibanggakan. Saya tidak akan memberi komen mengenai filem PGL sendiri kerana itu memerlukan satu lagi "cerita panjang". Mengenai ketulinan cerita2 tersebut, para penonton harus membaca sendiri dari sumber2 cerita itu. Amat menyedihkan kalau penonton filem menggunakan filem sebagai kebenaran sesebuah cerita. Walaupun mereka cuba memaparkan kebenaran sebarapa banyak mungkin, kita harus ingat bahawa filem adalah sebuah artistic and commercial enterprise.

Saya harap saya tidak berpanjangan sangat mengenai analisa saya. Terima Kasih.

Anonymous said...

mmm..pasal exterimis islam tu...aku raser bukan nak support amerika la.it's a reality,well, probably.coz come on la,we were not there when the guy nak serang majapahit kan.kiter tak tau what actually happend.secara logiknyer, kenaper empayar sebesar cam majapahit tu ble terkenching lak dengan brader islam tu?musti pasal kehebatan kuasa org islam kan? sampai sangat ditakuti oleh org jawe tu kan?bukan extermis la kot.coz, muler2, ulamak tu cakap care baik kan?bukan teros serang kan?time tu islam sedang giat disebarkan kan?nak betolkan orang yang sesat tapi orang yang sesat cam degil kan?care ape lagi nak habaq kat depa org jawe tu?so, kiter kena be hypocrite pasal org islam just nak tunjok kat amerika kiter tak sokong pengganas islam?so, lain kali kena bagi tau mamat kalid ubah la watak ulamak tu.bile orang jawe tu say no, orang islam pon berlalu pergi tander putos ase.....and ya.just great.sekaligus, menunjukkan orang islam nie orang yang cepat give up.yang tu lebih acceptable untok kau ke?i gotta agree with anonymous tu,i mean it's an epic kan?there is so many version in this whole world la pasal puteri gunong ledang ni kan.so, mamat khalid gotta pick one kan?the most beri kesan and gempak kan?kiter sumer ader pandangan masing2 ait?kalau nak di kire dengan logik la kan,citer gangster tu, gangster malaysia pakai rambot perang?ah, come on la.tu kat luar negara saner mah.gangster sini cam maner.aku cakap pasal ganster melayu.rosyam nor melayu kan?tapi, that's what's make it intresting kan?that's the trigger kan?walaupoun kiter tau, gangster melayu kiter tak camtu.sound menyound je lebih kan.gangster kampong kan?tapi itu la fact nyer.tapi itula wayang.omputeh pon mengoverkan something yang sebenarnyer nothing kan.coz dorang tau, tu la the trigger for peeps to see the wayang kan.aku bangger ngan pgl.bangger sangat.

Anonymous said...

dalam sejarah juga menyebut tentang serangan sebuah kerajaan besar kepada kerajaan yg lain. even dalam kitab sejarah melayu menyebut tentang melaka, sebuah kerajaan islam menyerang kelantan, pahang, terengganu, kampar dan siak. pada zaman tu,salah satu atau maybe cara paling berkesan dalamk nak menyebarkan kekuasan adalah penaklukan. kita tak boleh anggap sume kerajaan islam dalam sejarah adalah baik. memang islam menolak cara perluasan kuasa camtu, tapi dalam byk perkara bagi sebuah kerajaan untuk stay survive adalah dgn cara penaklukan. maybe kalo tak takluk kerajaan lain, maybe demak tak dikenang sampai sekarang. tapi kalo dalam kitab sejarah melayu sebenanrnya, watak puteri gunung ledang langsung tak wujud. paling tidak cuma disebut sewaktu sultan mahmud nak meminang itu saja.

Anonymous said...

Pertamax gan....

Saya baru nonton film ini (dah lambat agaknye ye..??), keruntuhan kerajaan hal wajar dalam pergantian peradaban. Di Indonesia sendiri, keruntuhan Majapahit (Hindu) karena diserang Demak (Islam) tidak menjadi persoalan yang besar, ini menjadi sejarah sahaja, oke brader... stay cool je lah..