u wei shaari, satu name yg kuat dan langsong teringat pada hishamuddin rais. karya yang signifikan dan penoh emosi. BLL mungkin kurang mendpt sambutan kerna ditutupi dgn promosi gah PGL, namun bukan salah PGL berpromosi sedemikian. agak kaget juga utk memberi komentar karya u wei. BLL didokong emosi yg hampir sama dgn 'isteri, perempuan dan jalang', u wei maseh lagi mempersoalkan dudok diam watak seksualiti dan feminisme dlm masyarakat yg jika dilihat sehingga ke hari ini teros sahaja dibelenggu konflik, etik dan agama. u wei menyampaikan pengaroh seksualiti dlm BLL meski agak canggong menonton adegan sedemikian dlm karya tempatan tapi u wei berjaya menyampaikan apa yg patot disampaikan tanpa melibatkan adegan yg bakal dicantas oleh LPF. kurangnye karya u wei pada kali ini jika dibandingkan dgn jogho dll mungkin terletak pada jln dan temanya. bagai sudah diduga, BLL masih lagi stereotype dgn watak u-wei yg kritis tapi beliau buat apa yg perlu dibuat yakni teros sahaja menyampai ape yg perlu dirasa atau difikir oleh masyarakat. masyarakat rata rata masih belom mampu menerima karya tempatan yg kritikal. kepada u wei, kami maseh dahaga kan karya anda...
1 comment:
Nak kena tengok ni. Duit pula yang jarang-jarang ada dalam poket.
Post a Comment