agak kelewatan menonton filem karya badar ini disebabkan kesebokan dlm keperibadian duniawi tapi setelah menonton dan menilai filem ini, tidak keterlaluan andai dapat dijustifikasikan filem ini antara yang senang ditonton lantaran plot dan jalan ceritanya yang sarat dgn metafora dlm menyampaikan pengertian bersirat. filem berlari ke langit satu kesah yg melankoli dan cinematografinya membangkitkan satu emosi yang merudum. pemilihan fasha sanda sebagai heroin merupakan pilihan yg betul pada wajah tapi kurang tepat pula pada penghayatan. fasha mampu menghidupkan yang lebih baik sekiranya diberi masa dan tunjuk ajar. watak yasmin seharusnya diisi dgn penuh kemas agar kelembutannya lebeh terserlah dan tertanam dlm hati penonton. rosyam maseh lagi dgn karismanya sebagai pelakon yg berkaliber, tapi watak thambi yg didokong oleh saiful apek agak canggung utk ditonton sebagai anak perkahwinan campur. kurang enaknya plot cerita ini apabila watak bukhari sebagai pemuda tabligh yang agak konservatif ditancapkan dlm filem ini. dialog bukhari dan rakan rakan tablighnya agak sinis dan mengundang rasa yang kurang enak ditokok dgn adegan bukhari saling bertelingkah dgn yasmin tentang agama. namun itu hakikat di realiti walaupun agak keberatan. badar berjaya mendamaikan situasi ini ketika plot bukhari dinasihati oleh gurunya yang sedang beriringan berjalan ke masjid. justeru plot ini menyenangkan krisis di awal tadi. adegan iman yg bersekolah di kuala lumpur dan juga ketika dia jatoh dari bangunan tanpa kelihatan darah (kecuali pada hidung) juga agak canggung. walau hal demikian kecil tapi besar kesannya. emosi melankoli dlm filem ini tersusun dgn gelombang yang tenteram dan mendamaikan. (terimbau kenangan silam ketika menonton plot plot di jln raja laut, sultan ismail dan di sekitar bandaraya di mana tempat tempat itu menjadi sebahagian dari kesah hidop utk sekian waktu...)
1 comment:
kalau berdarah pada telinga mungkin lebih terkesan, namun itu nampak klisé. belum tengok lagi cerita ni.
Post a Comment