Tuesday, February 21, 2006

pena buat sahabat

andai ditiup bayu semalam
maseh berdendang lagu senyuman
hampir seabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman

kita datang berbekal harapan
kita pulang membawa tujuan
tembok itu kita robohkan
jambatan jua kita dirikan

selangkah tidak seiringan
seakal tidak sepemikiran
bersua di persimpangan
ke titian kita bergandingan

andai wajah ditelan zaman
kita maseh bergandingan
kita maseh seperjalanan
kita punya satu senyuman
lagu ini kita dendangkan

maseh meniup bayu semalam
maseh berdendang lagu senyuman
hampir berabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman

(utk faisal zainal: selamat hari lahir)

1 comment:

Faisal Zainal Abidin said...

terima kasih beribu budi farid. aku bersyukur kerana waktu sempat menemukan aku dengan engkau.