menarik. adakala naratifnya perlahan justeru panjang pula fikiran Oliver Knott (pengarah) memujuk penontonnya untuk terus diam dan duduk menikmati olahan dan garapan filem ini dengan personifikasinya membawa kita kepada dua medium yang menjadi satu atau dua zaman yang diijabkan. Ramli Hassan punya justifikasi tunggal untuk membawa kisah Latiff (protagonis), seorang jurugambar sebagai medium perantara dalam menyampaikan bahawasanya walau kontemporari mana pon sesebuah zaman dan bangsa itu, tidak dapat tidak ia akan senantiasa sahaja mendampingi kisah klasiknya.
sebagai contoh; Latiff telah hilang ke suatu medium zaman yang di luar kawalan dan keupayaannya justeru merentasi ke zaman kolonial 50 tahun dahulu dalam tempoh waktu yang rapat walhal pada realitinya hampir dua hari dia menghilangkan diri dan langsung mencetus kebimbangan kepada majikannya.
kita melihat di sini bahawa Oliver mahupun Ramli Hassan cuba membawa pengalaman dan interpretasi masyarakat tentang kepercayaan alam ghaib dalam bentuk yang lebih moden dan halus. justeru itu, masyarakat kini yang kurang malah berasa canggung dalam membicarakan tentang kehidupan alam ghaib akan menjadi 'hermeneutics' kerna Ramli Hassan, Andre Berly juga Oliver telah menyuntik fenomena ini ke dalam filem mereka.
Bob Mercer mengagumkan. gerak mata dan juga lenggok badannya memberi maksud seolah olah wataknya itu adalah dirinya, sifatnya juga kelemahannya. pembawakan yang cukup cukup menarik dan mengagumkan. lihat sahaja pada resah dan gelisah wataknya ketika cuba menyampaikan cinta kepada Azizah (Vanida Imran); tertusuk dan terkesan.
Red Kebaya punya satu kisah dan plot plot yang perlahan dan adakalanya masih juga punya tangga tangga emosi agar penonton tidak merasa seperti menonton dokumentari. jangan mengharapkan adegan aksi juga stereotaip dalam filem ini. cuma penyudah cerita ini agak 'anti-climax' namun keseluruhannya Red Kebaya punya satu kategori yang tunggal...
Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali, Buaya Timbul, Disangkalah Mati, Jangan Percaya Mulutlah Lelaki, Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Friday, December 22, 2006
Thursday, November 23, 2006
komentar bilut
bilut secara motifnya merupakan satu perwakilan bagi masyarakat felda di bumi malaysia ini untuk berkongsi dan berintepretasi dgn masyarakat lainnya bermediumkan layar putih tentang hal yang senantiasa menjadi coretan dalam kepala akal mereka.
sinopsisnya; yazid (protagonis) adalah jiwa bagi masyarakat felda lurah bilut dalam merealisasi manifestasi kerajan pada ketika itu yang ingin membantu golongan orang melayu yang susah dan tidak memiliki tanah untuk keluar dari kelompok kemiskinan dan berjuang serta bergembeling agar tidak hina di bumi sendiri.
pengisian yang tertanam dalam kisah bilut ini punya warna warna yang cantik; menarik. namun warna warna itu tidak cukup keras, tidak cukup pekat untuk disampaikan kepada penonton. adakalanya bagai tidak sempat menikmati, sudah ditukar pula warnanya. tidak puas untuk merasai menginsafi kesengsaraan masyarakat felda.
plot plotnya terlalu kejap. tidak konsisten. walhal pangkal konflik konflik tersebut walau berbeda dan pelbagai; harus diperincikan agar diketahui nanti masyarakat lainnya bahawa masyarakat felda adalah terdiri daripada manusia manusia yang tegar serta merupakan pejuang pejuang yang tinggi.
cinematografi filem ini tidak memuaskan walhal jika diperincikan bukan sahaja akan mampu menyusup masuk malah akan terkesan di sanubari penonton. plot plotnya juga sering terlompat lompat, kadang tidak dapat membedakan antara singkapan silam atau masa kini dek kerana kualiti gambarnya kurang menarik.
bilut perlu digarap semula. harus!
bilut cerita mutlak masyarakat felda.
bilut harus setanding puteri gunung ledang, sepet, pontianak harum sundal malam.
kerajaan harus memandang semula filem ini...
p/s: bilut menang anugerah khas juri FFAP51

Tuesday, October 03, 2006
gadis tiga sepuluh
dua tahun yang sudah itu, berlegar legar menghiasi benak yang sentiasa meliar liar lewat peristiwa yang seringkali didiksikan oleh sang peneman. tika itu, suasana sering ribut, badai tidak pula menghempas pantai. walau terkadang tsunami setinggi langit, tidak pula merubah pantai, tidak pula menghakis tebing. tika itu, onak dan duri adalah permainan yang melukakan. luka yang menyakitkan tidak pula mencacatkan. walau terkadang menjadi parut yang bisa dibicarakan. bicara yang mengasyikkan.
dia istimewa. terlalu!! merinduinya tidak pernah menghampakan. mendakap bak burung berkicauan, tenang dan mengasyikkan. lembut hatinya selembut sutera, manis bicaranya semanis gula, tenang wajahnya setenang bonda. dia pernah berbicara:
sering penasaran. apakah bintang berkekalan tika bulan menjengah awan, tika mentari menyinari apakah nasib si rembulan, akankah pelangi menemani tika hujan mula berhenti.
senyumnya tidak mungkin dilupakan, kasihnya tidak akan hilang dari ingatan, wajah bak bidadari akhir hayat menjadi saksi.
kini pergi membawa diri, diiring doa hati agar bahagia meniti jalan, jalan jalan yang melikukan, jalan jalan yang bisa menghargai langkah langkah yang memenatkan. andai jalan kebuntuan, ke pangkal dilupa jangan, agar tidak kehilangan...

kalau aku rama rama
pasti kuterbang menemuimu
kalau kau sedih
pasti kucari jalan menghilangkan kedukaanmu...
kalau kau keseorangan
pasti kudatang menghiburkan hatimu...
walau apapun yang terjadi...
kaulah teman yang sentiasa kusayangi
kerana tiada yang lain melainkanmu...
sering penasaran. apakah bintang berkekalan tika bulan menjengah awan, tika mentari menyinari apakah nasib si rembulan, akankah pelangi menemani tika hujan mula berhenti.
senyumnya tidak mungkin dilupakan, kasihnya tidak akan hilang dari ingatan, wajah bak bidadari akhir hayat menjadi saksi.
kini pergi membawa diri, diiring doa hati agar bahagia meniti jalan, jalan jalan yang melikukan, jalan jalan yang bisa menghargai langkah langkah yang memenatkan. andai jalan kebuntuan, ke pangkal dilupa jangan, agar tidak kehilangan...
Monday, September 18, 2006
Selamatkah kita.....
Anak Anak Kita
(M.Nasir)
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Tuesday, August 29, 2006
Anak merdeka ...???
Anak Merdeka
Oleh Keris Silau
Semalam semasa menziarahi orang tua
Mereka tonton Festival Filem Malaysia
Ada satu artis muda yang menerima piala
Dia akan nampak bodoh katanya
Kalau dia bicara dalam bahasa ibunda
Bicara dia bahasa Inggeris pelat orang kita
Tak ada slang orang UK atau Amerika
Nama famili tak ada Smith atau Jaquelina
Sebaliknya macam nama Arab Nusantara
Kutanya artis itu lahir di mana
Mana tau membesar di Jerman atau Australia
Tak pula lahir di sana mungkin di Melaka
Kenapa tak mau bicara bahasa ibunda
Mungkin tak ada standard agaknya
Atau dia teringin jadi Sofea dan Deanna
Atau mungkin teringin jadi Raja Petra Kacukan Barat dan Nusantara
Mungkin dia alami krisis identiti agaknya
Tidak hairanlah dia berlakon filem Gubra
Kalau nak tau itulah artis Malaysia
Yang orang Melayu dok sanjung gila
Artis tidak lah disanjung tinggi di Singapura
Mereka lebih suka saintis berjaya sebagai idola
Di sini artis disanjung begitu mulia
Lihatlah perkahwinan disiarkan langsung di TV3
Begitu tinggi penghormatan macam perkahwinan diraja
Makcik-makcik berenti buat kerja rumah sementara
Nak tengok Siti punya cincin berlian besar mana
Inilah agenda Barat yang orang Timur laksana
Biarkan orang Melayu terhibur dan leka
Sogokkan hiburan banyak-banyak setiap masa
Terbitkan majalah lagha seperti URTV dan Mangga
Ibu bapa galakkan pula anak masuk Akademi Fantasia
Beri sokongan moral sebab anak-anak suka
Anak-anak terkinja-kinja tak mengapa
Tak lama lagi kita akan sambut merdeka
Sibuk orang kita nak buat konsert terbuka
Siapa yang ramai anda semua boleh teka
Kita tak pasti adakah ini sahaja cara
Kalau gitu lambat lagi kita merdeka!
(*dipetik dari email yang saya terima)

Tuesday, August 22, 2006
Sharifah Amani: Tika Langit Itu Cuba Ditongkat
Malam Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) berlalu pergi dengan satu tragedi yang bakal diingati para pejuang dan pencinta bahasa. Rasional lagikah bahasa ibunda kita? Berjayakah kita mendaulatkan bahasa? Kita seolah olah gugur dan telah tewas di medan perjuangan tatkala Sharifah Amani (Pelakon Wanita Terbaik) berbicara:
Bagaikan belati yang menusuk terus ke pangkal hati, bicara Amani itu jelas sekali punya perbedaan antara dia dan gurunya Yasmin Ahmad. Saya tidak pernah sesekali punya satu perasaan untuk memperkecil kecilkan kemampuan produksi dan pasukan Yasmin Ahmad, terus saya menyanjung tinggi karya karya beliau dari mulanya Rabun dipancarkan di TV3 hinggalah ke Gubra (dan seterusnya Mokhsin, dan seterusnya May 13, dan seterusnya...dan seterusnya...). Saya seringkali tidak pernah gagal untuk menonton malah membela filem filem Yasmin, justeru sering juga mengajak teman teman kuliah juga teman teman biasa untuk bersama sama menghayati dan menyokong karya beliau.
Yasmin Ahmad dan tenaga produksinya (juga pelakon pelakon berbakat yang digarapnya) merupakan satu kebangkitan dan juga pengharapan kembali kepada dunia perfileman moden; setelah kita semakin 'kehilangan' Hishamuddin Rais, Amir Muhammad serta U-Wei. Tidak pula saya terkilan tika Amani melafaskan:
Kerna kita semua termaklom betapa hebat cacian 'mereka' terhadap kejayaan Sepet, betapa naifnya 'mereka' memperolok olokkan karya yang terkesan dan sukses. Iri dan dengki arakian mengalir deras dalam darah mereka kerna ketidak mampuan mereka membentuk kewujudan fenomena demi fenomena di dalam masyarakat.
Walau Amani itu 'anak emas' Yasmin Ahmad, corak yang digarapi bagaikan hilang menembusi mimpi, seribu satu tidak menjadi, hancur luluh sifat terpuji kerna; Yasmin Ahmad tidak pernah membelakangi bahasa, tidak pula menghina bahasa walau Inggeris nya bagai nyanyian di waktu sore.
Saya percaya ramai yang kecewa. Terus juga ramai yang terpinga pinga. Andai Rahim Kajai masih ada, nasib Amani bakal kita tangisi kerna betapa taksubnya beliau memelihara bangsa dan pasti Amani akan dihukuminya. Andai Usman Awang masih bernyawa, sikap Amani bakal menjadi lagu di malam puisi kerna betapa tegarnya dia memperjuangkan bahasa pertiwi.
Ramai yang fasih bicara Inggeris (malahan di universiti saya sendiri, Inggeris adalah pengantara wajib); Jehan Miskin, Sazzy Falak, Cheryl Samad, Fazura, Sharifah Sofia, Ashraf Sinclair dan ramai lagi bakat bakat muda yang lainnya, tidak pernah sesekali menghina malahan tidak pula merasa terhina berbicara bahasa ibunda untuk membicarakan apa yang dirasa.
Walau telah dipohon jutaan kemaafan malahan disulami tangisan Sharifah Amani di atas keterlanjuran kenyataannya, dia seharusnya ingat bahawasanya melangkah dia ke dunia filem bukan satu gurauan atau pentas permainan. Berkonfrontasi dengan masyarakat memerlukan satu penelitian dan sensitiviti yang harus dipertimbangkan.
Justeru, Yasmin Ahmad selepas ini bukan sahaja perlu mengasah bakat seni anak anak didiknya, malahan juga harus memesan kepada mereka untuk sentiasa merendah diri (walau diri semakin tinggi).
*telah tawar hati untuk menonton lakonan Sharifah Amani
"I Sound Stupid If I Speak Malay"

"If bikin filem Mencemarkan Budaya Lets Make More Films"

Monday, July 24, 2006
kau pergi tanpa pesan
bak hilangnya mentari di jendela kamar
menghiasi warna warna yang samar
andai waktu dapat bersabar
mungkin hari ini kita masih bertanya kabar
kabar yang bisa kita jadikan iktibar
belum puas kita bercerita
belum puas kita gembira
belum puas merasa derita
belum puas kita bersama
belum puas segala galanya
ke Ilahi jua kau disana
mendahului kami yang lain lainnya
andai ku tahu kau mendengar
(walau hakikat kau mendengar)
andai ku tahu kau melihat
(walau hakikat kau melihat)
ingin kukabarkan berita yang terpahat
kau sahabatku yang terhebat
malam kami akan suram tanpa helaianmu
tidur kami akan sepi tanpa hembusanmu
makan kami akan jemu tanpa ucapanmu
siang kami akan kosong tanpa senyumanmu
tawa kami tidak akan seperti dulu
tidak berpenghujung kami merindu
kau amin ku yang satu
airmata yang mengalir ini akan tetap mengalir
sebak yang ditahan ini akan tetap ditahan
rindu yang berbalam ini akan tetap berbalam
hati yang sepi ini akan tetap sepi
tiada yang dapat kucari ganti
tiada yang dapat kunilai lagi
(ingin sekali kutanyakan
bagaimana rupa malaikat
agar dapat kukirimkan salam;
ingin sekali kudengarkan
apakah rahsia alam
agar dapat ku ketahui apa yang terpendam)
andai nanti kau singgahi kami
berilah petanda kau disisi
agar kami ketahui
mengubat rasa sepi
hujan renyai yang turun menemani di waktu itu
merahmati pemergianmu
akan kujadikan pengubat rindu;
hanya fatihah dapat diberikan
sebagai hadiah seorang teman
yang masih merinduimu
hingga ke hujung waktu
(damailah kau disana...)
"ais kosong dua, roti satu"
"telo!! bawak datang ar!!"
"kay! ader karo kay?!"
"peergh!! point nie!!"
*allahyarham mohd amin mohd arif
(dalam kenangan)
al-fatihah
Tuesday, July 11, 2006
Forum Gerakan Tajdid: Sejarah, Perkembangan dan Cabaran di Era Globalisasi.
Tarikh: July 23rd, 2006
Tempat: Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara.
Masa: 9.00pagi - 1.00t/hari
Anjuran: Muslim Professionals Forum
Pendaftaran:
1. Dr. M. Izham Ishak (019-4341981)
2. Rosmalizawati Abdul Rasyid (013-9402247)
3. Nurhidayati Hissan (013-7634950)
atau melalui email:
1. ana_am99@hotmail.com
2. daie@maktoob.com
*Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pelajar IPT.

Tuesday, July 04, 2006
kompat marteliz
"if it too blatant, if too clear; there is no mystery (you know) and there is no perseption, there is no reading within the text (you know), there is no understanding of sign as signifier"
"leave it to the audience to make the connection. one should leave certain thing as part of the mystery of life"
"there was once i give a concept, i give classes in bangsar to some art student and all that and which i think the whole idea what i give some classes and some new thinking how to democratize looking at sign and meaning, pictures and painting (you know) and to breakaway from the notion that art, paintings, sculptures, installation must be confine to certain institution"
"it was kept painting, which was very democratic, it was done for the people to look at it until years later it was appropriated by the Bushwazee and transform into private collection and send to museum. So now we are coming back into artwork to where it begin, and it is space where all artform can be visualize and can be see and once could derive pleasure all of it"
Monday, June 26, 2006
dosa anak kecil
di bibirnya berkepul kepul asap putih,
di hatinya bersarang sarang penyakit,
berpusu pusu mengharungi malam,
untuk bersama teman berjuang,
(katanya)
dihukum menyelamatkan kawan,
(juga katanya)
dibuang membantu rakan,
dibohong membebaskan kepalsuan,
(walhal hatinya penuh keresahan)
ibunya tenang dibuai mimpi,
dihiasi indah dendangan si anak,
walau mimpi hanyalah fantasi,
untuk mengaburi ibu yang kadang tersentak,
(arakian jauh dan panjang lah si anak bernyanyi)
yang ditutup itu bangkai gajah,
cuba diselimuti pula dengan nyiur,
alahai anak si bodoh alam,
kisahmu akan terbongkar tatkala malam,
(aduh gemuruh hati si anak)
penghulu menghidu dosa si anak kecil,
(walau telah disuluh beberapa jauh)
dosa yang sering diselimut dengan dosa,
maka bergununglah dosa dosa,
yang tiada lagi mampu dinyiuri,
(maka berdekah dekahlah yang mendaki)
si anak berlagak musang,
ibu yang tidur disangka ayam,
tidak ketahui rimau yang mengadang,
lalu musang beranjak ke kandang,
lupa dek rimau yang masih mengadang,
lalu ke mulut musang dihadam,
(aduh!! musang dipatuk ayam)
wahai anak berlagak musang,
ibu bukan si ibu ayam,
ayah bukan rimau yang garang,
jangan disentuh apa yang dilarang,
jangan diusik apa yang ditentang,
kau pernah ditatang,
lalu mengapa menentang?!
nanti meniti titian sebatang,
takut ke api kau dipanggang
ibumu bukan menteri,
untuk ditakuti,
berbakti hingga mati,
hidup tetap dirahmati...

Friday, April 07, 2006
komentar gubra
asyiknya gubra itu terletak pada kesahnya yang pada persepsi saya bagai diperdendangkan antologi dua buah cerpen yg saling bersahut sahutan. tidak ingin berkomentar tentang sinematografinya, tidak pula pada pelakon2 nya, malah tidak juga pada suntingnya; kerna apa?! ya kerna apa yg dipertontonkan bagai menghayati lukisan karya pelukis terkenal edgar degas yg pada hemat saya lembut dan mengkhayalkan.
gubra itu kaseh sayang, kemanusiaan dan yang paling istimewa adalah keagamaan yg milik semua orang, kerna kita menuntun kemaafan dan keredhaan dalam satu penghujung yang sama. menonton gubra bagi saya bagai mendengar yasmin ahmad bercerita (berkuliah) secara personal. terlalu dekat dan berintelektual.
apa yang mendebarkan dalam gubra adalah ia seolah olah ingin mencongak dan menilai tentang emosi yang akan ditonjolkan oleh pendengar (penonton) samada sedih atau gembira dalam satu kondisi yang diperdendangkan, dan apa pon jua emosi yang ditonjolkan adalah benar kerna ia adalah milik kita secara total.
kesedaran tentang bumi ini milik siapa (malaysia ini milik siapa) diungkapkan secara unik dan juga santai. justeru itu kesedaran yang ingin disampaikan adalah jelas dan tidak pula menyakitkan. menilai atau menghukum seseorang jelasnya bukan milik manusia yang pada gubra kita melihat bahawasanya kita sering menjadi 'tuhan' untuk mengadili malah menghakimi latar dan juga jalan seseorang.
gubra(gabrah) juga saya untuk berkomentar tentang karya ini kerna dari awal hinga akhir plot filem ini adalah keilmuan dan kesedaran yang ruang lingkupnya adalah diri sendiri.
gubra selayaknya menjadi karya agung tahun 2006 bagi filem nasional. tidak rugi andai apa yang dibelanjakan (RM10) adalah untuk ilmu dan juga emosi.
maka; tontonlah
kerinduan saya pada hishamuddin rais terubat dgn kehadiran yasmin ahmad dan untuk amir muhammad; alangkah indahnya industri kita andai anda di sini menemani...
p/s: teman2 yang menonton bersama2 tadi( 6/4/2006), terima kaseh daun lawas... (terlalu ramai rombongan kita: rekod baru) lain kali mungkin kita akan naik bas...

Monday, March 27, 2006
ڤاڤان ككونچي جاوي
اكو سداڠ ممبينا ساتو اڤليكاسي ڤاڤان ككونچي جاوي يڠ مانا بوليه ديگوناكن اونتوق منوليس جاوي سچارا اونيؤرسل.اكو اكن مڠگوناكن اونتوق اڤليكاسي ايني. والاوڤون تاق سبراڤا تاڤي اكو برهاراڤ، اكو بوليه بركوڠسي منوليس جاوي دڠن سموا اورڠ. سكاليگوس مڠهيدوكن كمبالي زامن كگميلاڠن توليسن جاوي
Friday, March 10, 2006
terime kaseh teman2 yg aku hormati
terime kaseh...
kemenangan mutlak milik kalian,
kekalahan warisan kekalku,
kalian yg ku hormati,
kamu sgt2 tinggi,
setinggi bintang kejora,
aku serendah2 tapak kaki,
tapak si kaki keldai,
dengus kalian ibarat gunung berapi,
harus dipatuhi,
jika tak mahu mati,
jeritan amukanku ibarat buih,
buih buih kencing bayi,
hanya sekadar mutawasshitoh,
wahai kalian berdarjat mulia,
amponkan aku najis yg hina,
kepalaku setaraf tapak kakimu,
izinkan aku menjilat kaki itu,
kalian rakan2 yg amat ku sanjung,
perintahlah aku,
hambakanlah aku,
aku untuk kamu,
alas pembersih kaki,
terime kaseh sekali lagi,
puisi ini lagu kebangsaan,
akan kuwaris ke anak cucu,
sebagai doa lima waktu...
kemenangan mutlak milik kalian,
kekalahan warisan kekalku,
kalian yg ku hormati,
kamu sgt2 tinggi,
setinggi bintang kejora,
aku serendah2 tapak kaki,
tapak si kaki keldai,
dengus kalian ibarat gunung berapi,
harus dipatuhi,
jika tak mahu mati,
jeritan amukanku ibarat buih,
buih buih kencing bayi,
hanya sekadar mutawasshitoh,
wahai kalian berdarjat mulia,
amponkan aku najis yg hina,
kepalaku setaraf tapak kakimu,
izinkan aku menjilat kaki itu,
kalian rakan2 yg amat ku sanjung,
perintahlah aku,
hambakanlah aku,
aku untuk kamu,
alas pembersih kaki,
terime kaseh sekali lagi,
puisi ini lagu kebangsaan,
akan kuwaris ke anak cucu,
sebagai doa lima waktu...
Tuesday, February 21, 2006
pena buat sahabat
andai ditiup bayu semalam
maseh berdendang lagu senyuman
hampir seabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman
kita datang berbekal harapan
kita pulang membawa tujuan
tembok itu kita robohkan
jambatan jua kita dirikan
selangkah tidak seiringan
seakal tidak sepemikiran
bersua di persimpangan
ke titian kita bergandingan
andai wajah ditelan zaman
kita maseh bergandingan
kita maseh seperjalanan
kita punya satu senyuman
lagu ini kita dendangkan
maseh meniup bayu semalam
maseh berdendang lagu senyuman
hampir berabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman
(utk faisal zainal: selamat hari lahir)
maseh berdendang lagu senyuman
hampir seabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman
kita datang berbekal harapan
kita pulang membawa tujuan
tembok itu kita robohkan
jambatan jua kita dirikan
selangkah tidak seiringan
seakal tidak sepemikiran
bersua di persimpangan
ke titian kita bergandingan
andai wajah ditelan zaman
kita maseh bergandingan
kita maseh seperjalanan
kita punya satu senyuman
lagu ini kita dendangkan
maseh meniup bayu semalam
maseh berdendang lagu senyuman
hampir berabad seperjalanan
menghurai selingkup rahsia zaman
(utk faisal zainal: selamat hari lahir)
Subscribe to:
Posts (Atom)